Thursday, February 26, 2009

Memory 1


Memori I
Indahnya irama itu…

“Zakir Iskandar!” suara memanggil.
“Zakir Iskandar!” agak keras.
Suasana sunyi. Tiada jawapan.
“Zakir Iskandar Muhammad Ikhlas!” panggilan di tinggikan, menyentak sesiapa saja yang mendengar.
Zen tersentak. Angannya mati. Dia segera berdiri tegak.
“Zakir Iskandar, saya panggil awak. Awak tak dengar?” Zen masih membatu. Hanya irama biola kedengaran. Indah. `Dari mana?’ bisiknya.
“Zakir, awak masih berminat dengan kelas ini atau tidak?” pensyarah berkulit kuning langsat itu bersuara tegas. Zen terus diam.
“Zakir!” pensyarahnya bersuara lebih tegas memanggil. Teman di sebelah mencuit lengannya.
`Ouch!’ Zen menjerit. Temannya memuncungkan bibir ke arah pensyarahnya. Zen kaget.
``Ma..aa..af prof.” Zen pucat.
``Kenapa dengan awak Zakir?” pensyarahnya bertanya.
``Awak tak tumpukan langsung dengan apa yang saya ajarkan. Awak bosan ke?. Apa yang awak fikirkan?” pensyarahnya sekali lagi bertanya. Zen masih membisu.
``Sudahlah Zakir, duduk. Jangan termenung lagi” pensyarahnya mengarahkah duduk. Zen kembali melabuhkan punggung. Dewan kuliah terasa panas. Kuliah disambung semula. Zen menghela nafas.
***
Suasana agak riuh rendah. Semua penuntut berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah. Ada yang ke perpustakaan untuk mencari bahan, ada yang ke kafetaria untuk mengisi perut yang tidak berisi sejak pagi mahupun saja untuk minum bersama teman-teman, ada juga yang berkejaran ke kuliah seterusnya kerana bimbang terlewat dan ada yang terus balik ke kolej kediaman masing-masing. Tidak kurang juga ada yang bersantai di taman-taman kolej dan di tempat-tempat riadah sambil membelek-belek buku dan nota kuliah yang baru diterima atau berbual-bual dan bergelak ketawa antara mereka di samping menanti kuliah seterusnya. Zen melangkah keluar dari dewan kuliah. Longlai.
``Zen!” temannya menepuk bahu. Zen menoleh. Iqbal tersenyum.
``Ya......” bunyi agak mendatar. Iqbal mengerut dahi.
``Kenapa ni?. Kau ok ke?” Iqbal menyoal. Mereka beriringan melangkah keluar dari dewan kuliah.
``Kau nampak aku ok ke?” Zen bertanya sedikit menyindir. Iqbal tersenyum.
``Kita minum dulu?” Iqbal mengajak. Langkah berubah haluan ke kafetaria dewan kuliah Gugusan B. Kafetaria Mawar berbumbung hijau terletak strategik di tengah-tengah antara dewan-dewan kuliah dan menjadi pilihan para penuntut kolej. Zen dan Iqbal mengambil tempat duduk yang agak terlindung dari pandangan penuntut lain.
``Kenapa kau macam tak ok je aku tengok” Iqbal bersuara. Teh ais disedutnya perlahan.
``Hem... boleh jugak le dikatakan tak ok” kedengaran suara Zen sedikit kendur bunyinya.
``Kau risaukan application kau untuk join music competition ke?” soal Iqbal. Kuih talam berlauk cicah sos cili di suap ke dalam mulut.
``Maybe” masih kendur kedengaran.
``Don’t worry bro. I’m sure you will acceptable” Iqbal menepuk bahu Zan memberi semangat.
``Itu yang aku risau Bal. Sebenarnya aku tak terpilih pun” Zen menerangkan tanpa dipinta.
``Kau pasti?” Iqbal bertanya.
``Ya” berterusan putus asa.
``Zen…Zen….kau nie. Setahu aku,kau taklah cepat give up macam ni. Hei, bro! Be cool beb. Tak syok le macam ni’’ Iqbal menyudahkan ayat menepuk-nepuk bahu Zen.

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment