Wednesday, February 25, 2009

Sinopsis

-Golden Melodi-
Adakah alunan irama itu milik kita…….

Biodata Watak

Ò Zen (Zakir Iskandar ) - Pelukis Pelan - Melukis/ Biola - Biru
Ò Zal (Syed Mifzal ) - Chef - Komputer/ Biola - Kuning
Ò Ginn (Yaqin Adli ) - Pengukir&Pelukis Perabot - Membaca/ Piano - Hijau
Ò Didy (Danish Danial ) - Pemilik Sweet Florist - Memasak/ Seruling - Merah Jambu
Ò Tops (Nuri Haikal ) - Pelajar Kolej - Otaku Anime/ Cello - Merah



Sinopsis

Ò Zen, Zal, Ginn, Didy dan Tops merupakan lima orang sahabat baik. Mereka saling mengenali antara satu dengan yang lain secara tidak sengaja. Perkenalan antara mereka membawa erti sangat mendalam buat diri mereka. Zen, seorang pemuda yang sangat serius, kedekut senyuman dan kadangkala prejudis terhadap rakan-rakannya yang lain. Kedinginan Zen itu kadangkala menyakitkan tetapi tidak bagi Zal, sahabat yang menyingkap memori lama menyebabkan Zen mula merasai erti kasih sayang sebenar. Ginn seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Namun murah dengan senyuman. Ginn bertindak sebagai ‘abang sulung’ bagi Zen, Zal, Didy dan Tops. Didy pula pandai dalam hal-hal mengurus rumah. Oleh kerana Tops bersikap happy go lucky, aktif, manja dan agak keanak-anakan, Tops telah digelar sebagai ‘adik bongsu’ dalam ‘keluarga’ ciptaan mereka. Mereka mempunyai kebolehan yang sama dan minat yang sama iaitu bermain alat muzik klasik biarpun alat muzik yang dimainkan itu berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap kali muzik dimainkan, mereka seolah-olah mempunyai chemistry. Muzik dan persahabatanlah menjadi pengikat antara mereka semua. Ketawa, menangis, suka, duka, marah dan sayang menjadi rencah dalam kehidupan mereka berlima untuk dikongsi bersama. Juga cuba diselitkan elemen percintaan apabila wujud kehadiran Nabiha dan Jacquline, namun persahabatan masih menguasai jiwa mereka. Itulah yang cuba ditonjolkan dalam nukilan ini. Bagaimanakah seterusnya dan benarkah wujud memori lama antara Zen dan Zal?.



Muzik Itu Permata

Ò Corda di hatiku…..
Itulah irama yang berbisik di hatiku setiap gesekan biola dan cello di bunyikan…
Setiap kali piano di mainkan dan setiapkali seruling mengalunkan....

Corda di hatiku…..
Ikatan yang tidak akan mungkin akan padam…
Sehingga hujung dunia….sehingga hujung nyawa….
Alunan muzik bagai simfoni merdu yang memberikan aku erti kasih sayang…

No comments:

Post a Comment